Followers

Engkaulah segalanya..

Assalamulaikum…
Dear blogger..

Setelah lama tak menjengah blog ni..tetiba di hari jumaat ni hati terdetik ingin mengupdate sesuatu yang baru kat blog ni…

Kau lah segalanya…dah macam lirik lagu pun ada. Kali ni bukan nak update tentang lagu, ia hanyalah tajuk semata-semata. Semakin kita besar, semakin matang pemikiran kita..Adakalanya kita jatuh taktala tidak bijak membuat keputusan. Bila kita jatuh baru kita kenal erti kehidupan dan sahabat, kawan atau rakan yang sanggup bersama dengan kita.. tetapi Keluarga lah yang sentiasa ada dengan kita terutamanya EMAK..
Imbas kembali diwaktu kita mahu bertatih, Emak yang akan disisi memerhati malah turut membantu taktala kita terjatuh dan memberi sokongan untuk kita bangun berusaha untuk berjalan sendri.. Alhamdulillah, berdiri nya kita sekarang ini kerna berkat seorang emak yang tak putus-putus mendoakan kita. Terbayang muka mak bila kesedihan menjengah..Emak sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita walau sesusah mana sekalipun..

Hati kecil ini mudah tersentuh bila melihat siaran tv yang dikaitkan dengan mak. Kadang kala terdetik jua..bukan meminta tapi lumrah yang hidup pasti akan pergi juaa..Andai nya emak tiada, tidak dapat nak dibayangkan hati ini…apa yang dipohon “Semoga ketabahan mengiringi kehidupan ini”. Alhamdulillah,mak masih ada disisi sehingga kini..memberi kan kasih sayang yg cukup sempurna walaupun sudah bergelar isteri.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keadaan seorang remaja OKU yang dikurung, Astagfirullahalzim..sungguh sedih melihatnya. Tergamak sungguh emak nya membuat dia begitu. Maafkan saya sekiranya melemparkan kata2 yang tidak sepatutnya. Cuma menjadi tanda Tanya kenapa mesti mak cik mengatakan “ semua orang tak faham apa yang saya lalui” setiap kesusahan adalah ujian dari Allah. Tidak mengharapkan kemewahan yang mak cik paparkan memadai lah adik itu diberi kesempurnaan penjagaan. Bila melihat keadaannya seolah2 ia dibiarkan tanpa langsung diberi perhatian..Allah Allah Allah. Sesungguh nya Allah mengetahui segalaNya.. Semoga kita dijauhi sifat-sifat sebegini agar kita memelihara anugerah yang Allah kurniakan sebaiknya.

Alhamdulillah,tidak terhitung betapa beruntungnya  diri  ini memperoleh emak. Emak menjaga dengan sempurna walaupun emak bersusah payah membesarkan diri ini dengan adik2. Walaupun tidak diberi kemewahan yang melimpah ruah tapi mak masih membahagiakan kami adik beradik. Masih ingat ketika kesusahan yang dialami dengan keadaan mak yang tidak mengenal erti penat membantu ayah mencari rezeki..masih terbayang penat lelahnya. Sehingga kini emak seperti selalu membahagiakan anak-anak. Wlaupun penat mak masih berupaya memberikan yang terbaik. Doa sentiasa mengiringi mu mak, sentiasa dihati. Semoga mak diberi kesihatan yang baik n umur yg panjang..Aminnn



P/s : Hargailah selagi ada kerana pergi nya ia tiada galang gantinya. Tidak sama seperti yang kita ada. Berbaktilah selagi boleh kerna tak terbalas setiap jasa yang diberikan.


SMILE


Thanx for reading my post