Followers

Perkawinan~

Assalamualaikum…
Masih lagi bernafas di muka bumi ni.bersyukur kehadrat illahi kerna masih diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat islam, anak yang soleh dan solehah serta pekerja yang diamanahkan.
Setelah balik dari cuti yang panjang,merehat kan otak yang penat berfikir…Semoga sinar kekuatan yang dicari menjelma dalam diri….
13 October 2012, Dimana persandingan kawan baik ira yang suatu ketika dahulu tersangatlah rapat tapi disebabkan beberapa perkara yang terjadi dan timbul…kami semakin renggng,renggang n renggang….Now,Alhamdulillah…hubungan itu pulih, walapun tidak seperti dahulu tapi ia nya tidak lah seperti memutuskan pertalian silaturahim sesama islam…
12 october 2012 merupakan detik terindah dalam hidup beliau kerna telah dinikahkan dengan pasangannya iaitu Nazrull Izham Abd Satar di Kompleks Perumahan Polis, Ibu pejabat polis Kuala Kangsar,Perak.
Pada mulanya ira planning nak pg dengan family tapi disebabkan beberapa perkara dan ayah pun x dapat nak cuti.Harapan untuk pergi tu semakin tipis.perasaan pula dh mcm ape je…tapi harapan kembali berputik bila bakal tunang bu a.k.a abg wan menawarkan diri ntuk menghantar kita orng..yepiiiiiiiiiiiiiiiiii,thanks abg wan..jasa mu akan ku kenang smpai bila2.
Septutnya ira dah planning ntuk mencari baju yg berwarna purple ntuk mengikut tema adik tapi disebabkan kesibukkan yang melanda…akhirnya memilih baju yg x bape mengikut tema…heheheh.Bila planning last minute,bermakna hadiah pun last minute…dengan hadiah yang x berbalut..ira meletakkan hadiah tu ke dlm beg kertas..walaupun hadiah yg diberikan tidak berbalut tapi tulus ikhlas dr ira…
Kat sini ira titip kn beberapa keping gambar ntuk tatapan semua…seriously sgt teruja n adik sgt cantik…










Buat adik a.k.a leen,
Sebelum tu,angah nak ucap terima kasih sgt2 kat adik kerna telah sediakn tempat tido yang sangat sempurna ntuk kita orng. Angah tumpang gembira melihat perkahwinan dan kebahagian adik serta ezam. Seriusly,angah teruja n terkejut  sebab adik sudi jemput angah ke majlis berbahagia adik. Yang pasti walaupun kita x rapat macam dulu tapi adik ingat kat angah..Thanks dear n congratulations for your wedding day.
Angah doakan n sentiasa mendoakan adik bhgia n kekal bersama ezam hingga akhir hayat adik..
Semoga perkahwinan yang dibina diberkati,diiringi kegembiraan,dirahmati & diredhai oleh Allah s.w.t. Angah harap ezam dapat membimbing adik ke jalan yang diredhai serta menjadi isteri yang solehah.
Tak lupa juga semoga dikurniakan pengikat kasih korng iaitu anak-anak yang comel,soleh dan solehah..aminnn

SMILE


Thanx for reading my post

Keredhaan~

Assalamualaikum….
Terlalu bnyak ntuk diluah kn dan terlalu bnyak bnda yg di pendamkan…Putaran hidup,x seindah yang kita jangkakn..kadang kala kita kat atas n kadang kala kita di bawah.
Pada Allah kita mengadu..mencari kembali kekuatan menghadapi dugaan,Keredhaan diri penting taktala dugaan yg kita hadapi agar keimanan tidak lari dari paksinya…
Thanks so much to my lovely ibu (Azilah)…Ibu ada ntuk angh walaupun ibu sendiri mempunyai hal yg tersurat n tersirat ntuk diselesaikan…Akan angh pegang kata2 bu ni..

Arzilla Azie          : bkn semua perkara yg terjadi dlm hdup ni manis belaka
Arzilla Azie          : kalo ada yg kt xsuka
Arzilla Azie          : kita terpaksa terima / tempuh
Arzilla Azie          :sbb ni dh sbhgn hdup kita
Arzilla Azie          : cpt / lmbt perkara tu akn berlalu jugakk
Arzilla Azie          : tp 1 nasihat bu
Arzilla Azie          : biarlah apa org sekeliling nk ckp, hina, caci kita
Arzilla Azie          : kita masih ada fmly
Arzilla Azie          : yg pntg kita masih ada Allah
Arzilla Azie          : xguna kita ada kwn seribu sekeliling kita kalo Allah & fmly jauh dari kita


Wlaupun kita mempunyai masalah n dugaan seberat mana pun…tempuhilah dgn tabah n redha,InsyaAllah…Allah bersama dgn orng yg bersabar. Mngkin taktala ini..hati ira x kuat seperti selalu..but I try to be strong…wake up yasirah,wake up!!…u can do it..
Hidup mmg dipenuhi dugaan..semua orng hnya ingin kegembiraan tapi x smua kegembiraan kekal selamanya milik kita.kita kena pandai mencorak kn nye..agar ia slalu mendampingi kita…biar kita buat baik 1000x pada orng..tapi jgn lah kita berbuat jahat. Serta jangan mengharapkan balasan, lakukan lah dengan keikhlasan…InsyaAllah,kita akan memperoleh keberktan..



So..duhai hati,
Sabar okey,
Senyum selagi boleh,
Semoga kita kuat hadapinya..

SMILE


Thanx for reading my post

TEMAN PENGGANTI

Assalamualaikum…
Lagu yg semkin kerap kali di dengari di corong2 radio…menular n menarik minat ramai ntuk menyanyi serta menghayati lagu yg mempunyai lirik yg penuh makna surat dan tersirat… Namun ia nya hanya hiburan ntuk mendengar nya…
So ira titipkan liriknya ntuk tatapan smua..sekadar berkongsi bersama

LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI : BLACK FT MALIQUE

Ketawa bersama
 Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
 Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

SMILE


Thanx for reading my post